Ahad, 19 Oktober 2014

Aplikasi arahan suara Skyvi

        Skyvi ini adalah aplikasi arahan suara untuk telefon pintar yang berasaskan Android.Apa yang Skyvi boleh buat untuk anda?.Ianya berupaya menghantar pesanan ringkas,mencari nombor telefon,mendail nombor telefon malah membaca pesanan ringkas yang anda terima dari seseorang, semuanya melalui arahan dari suara anda tanpa anda perlu menekan papan kekunci pada telefon.



Apa itu Skyvi




                                                
 Antara fungsi lain yang terdapat pada aplikasi Skyvi ini ialah ianya berupaya memberitahu anda lokasi kedai kedai makanan segera,restoran,klinik dan sebagainya yang berdekatan.Skyvi juga akan terus memaparkan keputusan carian lengkap dengan pilihan samada anda ingin melihat lokasi tempat tersebut melalui peta ataupun terus menghubungi mereka.   

Apa lagi yang boleh Skyvi lakukan?. 

  1. Memainkan dan menghentikan musik yang terdapat pada telefon anda.
  2. Mengemaskini status anda di facebook dan Twitter.
  3. Memberitahu anda tentang keadaan cuaca di tempat anda.
  4. Mencari maklumat yang anda arahkan seperti:Siapakah perdana menteri Malaysia?,Apa itu Ebola? dan banyak lagi.                                   


aplikasi suara untuk android
Klik gambar untuk ke laman web rasmi Skyvi





                  Keputusan carian bagi Skyvi tidak lah seratus peratus tepat pada setiap masa. Namun anda boleh mencuba aplikasi ini sendiri untuk mengetahui apa kelebihan yang terdapat pada Skyvi.Seperkara lagi, Skyvi hanya memahami arahan suara dalam bahasa Inggeris. 
  1. menarik apps camni. macam2 ada dalam satu aplikasi :)
    boleh install pasni

    BalasPadam
  2. Macam best je guna suara tapi tak berani lagi nak guna.

    BalasPadam
  3. aplikasi yang menarik. tetapi bila semua teknologi di hujung jari perlu diteliti terlebih dahulu takut ianya membawa kesan buruk...

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone