Jumaat, 12 September 2014

Tip tip kehidupan seorang perantau

         
tip tip hidup merantau
Bila kita memilih atau terpaksa hidup merantau tak kira samada untuk bekerja, belajar ataupun atas sebab sebab tersendiri, ianya sememangnya memberikan kita satu cabaran untuk memikirkan bagaimana hendak menguruskan serta membiasakan diri di tempat orang. Berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, antara persoalan yang akan terlintas di fikiran ialah:


1. Tempat tinggal 
Berdasarkan bajet yang telah ditetapkan, Cara paling cepat (bukan cara paling senang) untuk mencari bilik atau rumah sewa ialah melalui laman web seperti mudah.my . Setelah menjumpai bilik atau rumah yang dicari, perhatikan dengan teliti syarat syarat yang ditetapkan oleh penyewa seperti :


1.Bayaran deposit.
2.Gambar bilik atau rumah sewa

(kadangkala gambar tidak seperti dalam realiti)

3.Kemudahan yang disediakan.
4.Syarat syarat lain yang mungkin tersembunyi.

Jika boleh, tetapkan temujanji dengan si penyewa bagi melihat keadaan sebenar bilik atau rumah sewa.


2. Pengangkutan 

Bagi yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri di perantauan, rajin rajinlah bertanya kat mana nak menunggu bas, van sewa ataupun teksi. Bagi teksi pada kebiasaannya tambang yang dikenakan adalah jauh lebih mahal dari pengangkutan awam yang lain namun lebih pantas dan selesa( tak payah nak tunggu penuh baru jalan). Jangan pula lupa nak bertanyakan harga tambang sebelum masuk ke dalam teksi(kalau setuju barulah naik). Bagi van sewa atau bas yang anda bakal naiki perhatikan dengan teliti takut diorang tak ada lesen sah(pirate). Perhati, tanya dan ikut.


3. Keselamatan 

Bagi memudahkan anda jika berlaku apa apa yang tidak diingini maka :
1. Simpan nombor balai polis,hospital atau klinik yang berdekatan
2. Ketahui lokasi balai polis berdekatan
3. Ketahui lokasi hospital atau klinik berdekatan
4. Elakkan berjalan berseorangan di tempat tempat yang sunyi.
5. Elakkan daripada memakai barangan perhiasan atau pakaian yang keterlaluan kerana itu akan menarik perhatian penjenayah.  



           Kesimpulannya, mula mula memang susah juga nak biasakan diri di perantauan. Saya pasti banyak pengalaman suka duka yang anda akan tempuhi(bak kata pepatah alah bisa tegal biasa). Apa yang pasti ianya secara tidak langsung akan mengajar kita akan erti berdikari yang sebenar. Banyak budaya,adat resam serta cara kehidupan di tempat lain yang anda akan ketahui dan pelajari.






  1. setuju. pastu jangan mudah nak percayakan orang. sekarang ni macam2 boleh jadi.

    BalasPadam
  2. betul tu.. alhamdulillah, mama 9 tahun merantau di jb...

    BalasPadam
  3. terima kasih atas tipsnya ^^

    singgah sini dan follow

    http://insan-kecil.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone