Selasa, 9 September 2014

Si asma datang berkunjung

asma datang lagi


Pada masa tertentu pada setiap tahun memang akan datang berkunjung rakan setia saya nie si asma. Disebabkan beliaulah maka saya akan pergi melawat ke hospital untuk merasa keenakkan nebulizer  . Bukan sekali tetapi sampai 6 ke 7 kali. Lepas tu berhari hari lah rasa nebulizer tu melekat kat kerongkong. Nebulizer nie rasanya masin bagi yang tak pernah lagi merasa apa itu nebulizer. 

Prosedur untuk nebulizer nie akan mengambil masa antara 20 minit ke 4 jam bergantung kepada keberkesanannya. Jika masih tiada perubahan maka pesakit akan dirujuk ke doktor. Bila dah sampai tahap nie, bersedialah menghadapi tusukan jarum jarum sakti yang menembusi urat urat darah dan juga sinaran x ray. Darah akan diambil bagi membuat ujian, lepas itu  x ray pula bagi melihat keadaan paru paru. 


bila asma menyerang


Selepas keputusan ujian darah dan x ray diketahui, Andainya doktor berpuas hati dengan tahap pemulihan asma yang telah dijalankan maka anda akan dibebaskan. tetapi jika tahap asma masih membimbangkan maka makan nasi hospital jawabnya untuk beberapa hari. Tahun nie, asma tak teruk sangat jadi dibebaskan dengan syarat makan ubat serta buat rawatan susulan dan bla...bla...bla...bla. Kalau tengok gambar dekat atas, itu lah dia makanan tambahan saya. 

Bukan sehari dua je nie nak hadap tapi berkurun lamanya.Terutama yang kaler pink kat tengah tengah, yang itu adalah inhaler yang mana kita kena sedut hari hari. Buat rakan rakan, jagalah kesihatan dan juga pemakanan. Jangan main bedal je, ada duit juta juta pun takkan kemana kalau dah sakit. 




Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone