Khamis, 11 September 2014

Pemuliharaan penyu di Malaysia

                Penyu merupakan antara haiwan yang hidup sejak zaman dinosaur lagi.Keunikan haiwan reptilia ini ialah ianya mampu kembali semula ke pantai tempat ia menetas untuk bertelur walaupun beribu ribu kilometer jauhnya dari tempat ia berada.Terdapat empat jenis penyu yang kebiasaannya terdapat di Malaysia iaitu  :


1. Leatherback turtle (Penyu belimbing)
Nama saintifik : Dermochelys coriacea
 leatherback turtle
Sumber : Wikimedia.org

2. Green turtle (Penyu Agar) 
Nama saintifik : Chelonia mydas
Penyu agar
Sumber : Wikimedia.org

3. Hawksbill turtles (Penyu karah/Penyu Sisik)
Nama saintifik : Eretmochelys imbricata
Hawksbill Turtle
Sumber : Wikimedia.org

4. Olive Ridley (Penyu Lipas)
Nama saintifik : Lepidochelys olivacea 
Lepidochelys olivacea
Sumber : Wikimedia.org


              Apa yang membimbangkan pada masa kini ialah spesis penyu ini diancam kepupusan akibat perbuatan manusia dan sebagainya.  Atas kerjasama WWF (World Wide Fund for Nature) Malaysia yang ditubuhkan pada 13 januari 1972, maka sepasukan penjaga penyu yang diketuai oleh ahli bologi ditubuhkan dengan matlamat memulihara kelestarian penyu penyu serta habitatnya. Tugas tugas mereka ini ialah antaranya ialah menjaga sarang sarang penyu ketika musim penyu kembali ke pantai untuk bertelur. Memantau keadaan telur telur penyu supaya dapat menetas secara normal dan tidak diganggu.

 Antara Fakta fakta yang perlu kita diketahui:

1. Sebanyak RM12 ribu diperlukan untuk membayar penjaga penyu bagi 6 bulan ketika musim penyu bertelur iaitu pada April hingga September setiap tahun.

2. WWF-Malaysia memerlukan 14 penjaga penyu di Melaka dan 9 di Terengganu.


  Bagi mendapat maklumat lanjut tentang usaha murni ini, Lawati: http://www.wwf.org.my








  1. masa kecik-kecik dulu, pernah la tengok kat Rantau Abang, Terengganu..sekarang mereka tak mendarat lagi di situ

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone