Ahad, 21 September 2014

Cabaran dan dugaan

             
kisah cabaran dan dugaan kehidupan
 Bak kata pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga", itulah gambaran tepat yang menggambarkan bagaimana keadaan aku sekarang. Bayangkanlah seminggu yang lepas baru sahaja sembuh kemudian datang pula bala yang lain (yang lebih hebat). Sekarang tengah bertarung dan mudah mudahan selama semuanya. Lumrah kehidupan tak pernah sunyi dengan segala cabaran dan dugaan yang disediakan untuk menguji kita.


               Walaupun begitu semangat yang kuat tetap menemani diri dan terus bergema getaran suaranya agar jangan sesekali mengalah. Ahli keluarga adalah mereka yang paling banyak membantu aku dalam mengharungi saat saat yang mencabar ini. Nasihat serta dorongan mereka membantu aku untuk terus gagahkan diri berdiri dan meneruskan perjalanan yang masih jauh. Bersabar itu adalah separuh daripada iman dan salah satu ubat penenang bagi jiwa yang sedang sengsara dan menderita.Jangan pernah lari dari dugaan kerana ianya umpama bayang bayang yang sentiasa bersama kita pada setiap masa.



             Sekian sahaja coretan ringkas sebagai wadah perkongsian untuk tatapan sahabat sahabat sekalian. Saya doakan semoga kalian semua sentiasa sihat dan sukses selalu.



                


              
  1. what happen bro?
    apa-apa pun sy doakan semoga sentiasa tabah menghadapi hari yang mendatang.

    BalasPadam
  2. Bagus tu ada motivasi diri.. aku pun tak tahu bala atau ujian apakah yg menimpa tapi banyak2 bersabar inshaaAllah Allah permudahkan ^^

    BalasPadam
  3. yang penting jangan give up... all the best! keep going on :D

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone