Sabtu, 6 September 2014

Betapa rapuhnya nyawa manusia

            Bila terbaca akan kisah yang telah terjadi di Miri, Sarawak baru baru ini iaitu berkenaan seorang bapa yang dipukul malah hampir dibunuh oleh anaknya sendiri akibat meminta anaknya itu membayar balik duit yang telah dipinjamkan kepadanya sebanyak RM50 ribu. Timbul persoalan, mengapa begitu rapuhnya nyawa seseorang manusia bila timbul isu berkenaan harta dan wang ringgit.

            Pernah juga terdengar daripada sahabat sahabat sekeliling berkenaan dengan kisah kisah manusia yang sanggup mengupah orang untuk mencabut nyawa ahli keluarga malah darah dagingnya sendiri semata mata untuk membolot harta peninggalan dan sebagainya. 

           Jika dilihat secara teliti, tiada perbezaan yang ketara antara manusia jika dibandingkan dengan alam haiwan yang buas dan ganas, malah kita mungkin lebih teruk kerana walaupun mampu berfikir secara rasional berbanding haiwan tapi kita tetap bertindak dengan kejam sesama manusia.

            Melihat kepada skop yang lebih besar, sejarah tentang peperangan misalnya. Dapat kita lihat bahawa disebabkan nafsu dan hasrat seseorang pemimpin yang gila dan taksub. Nasib rakyat jelata tidak dipedulikan penyeksaan, pembunuhan dan penindasan kaum berlaku seolah olah ianya hanyalah satu permainan.

           Pada hakikatnya, pembunuhan serta keganasan tidak akan pernah menang kerana apa yang manusia benar benar inginkan ialah keamanan. Sejarah mengajar kita tentang banyak perkara, tentang betapa rapuhnya nyawa seseorang manusia jika kuasa,harta dan wang ringgit dipertaruhkan. Namun sejarah juga membuktikan bahawa mereka yang tidak belajar daripada apa yang telah berlaku, cenderung untuk mengulanginya semula.

                                    Sumber : Wikimedia.org   Kredit:Jacques Arago





       
        
        
Betapa rapuhnya nyawa manusia
Reviewed by kenny977world on Sept 06 2014
Rating: 4.5
  1. Kadang-kadang adik bradik pun boleh bergaduh and berpecah belah sebab harta nih :'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya btul2 dan yang ironiknya bila kena tangkap,kena penjara kena hukum gantung..hahh, pandai pula tunjuk muka menyesal..apasal tak fikir sebelum buat.

      Padam
  2. dah jadi perkara biasa dah...tiap-tiap hari ada je berita pasal ni

    BalasPadam
  3. sebab harta dan kuasa, semuanya jadi tak tentu arah. sampaikan sanggup buat apa saja... moga moga dijauhkan sikap begini

    BalasPadam
  4. Inilah dunia. Yang kita nampak, harta, jawatan dan pangkat

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone