Sabtu, 23 Ogos 2014

Kapalterbang berbentuk pelik perintis kepada rekaan enjin jet moden

Sumber gambar : Wikimedia.org 
Kredit: Aeronautica Militare Italiana
Kapalterbang pelik ini diberi nama Stipa-caproni bersempena nama perekanya iaitu Luigi Stipa dan Syarikat pembina kapal terbang yang bernama "Caproni". Ianya dibina sekitar tahun 1932, Binaan kapal terbang ini berbentuk bulat seakan akan tong dram dengan enjinnya ditempatkan ditengah.

Semasa penerbangan percubaan, kelajuan maksima yang dicapai oleh kapalterbang ini ialah 131 km/j. Ramai juruterbang yang memuji kestabilan kapal terbang ini ketika di udara. Namun pihak tentera udara diraja Itali pada masa itu tidak berminat untuk meneruskan pembinaan kapalterbang ini atas alasan ianya tidak praktikal.


Sumber Gambar : Wikimedia.org    Kredit:Peppe64
Apa yang menarik tentang kapalterbang Stipa-caproni ini ialah rekaan ruang enjinnya yang 
menjadi perintis kepada rekaan enjin jet moden. Walaupun ianya hanyalah prototaip namun Luigi stipa percaya bahawa rekaannya telah digunakan oleh jerman dalam pembinaan roket (V-1) dan teknologi jet mereka pada masa itu. Rekaan beliau ini juga memberi pengaruh besar kepada pembinaan jet prototaip seperti Caproni campini N.1


Penerbangan percubaan yang telah dilakukan menggunakan prototaip pesawat Stipa-caproni ini telah menimbulkan minat terutamanya dari segi akademik. Hasil kerja Luigi stipa ini telah dikaji dan diteliti oleh Perancis, Jerman, Itali dan U.K serta NACA. Ahli ahli sejarah penerbangan juga yakin bahawa enjin enjin kapalterbang serta jet pada masa kini mengguna pakai konsep yang sama dengan rekaan yang diperkenalkan oleh Luigi stipa. Beliau juga dianggap sebagai pelopor kepada rekaan enjin jet.


Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone