Jumaat, 22 Ogos 2014

Filem superhero terbaru adaptasi komik marvel Ant-Man

Ant-man filem adaptasi terbaru dari komik marvel




Ant-Man merupakan filem superhero Amerika yang terbaru berdasarkan adaptasi daripada komik Marvel. Watak-watak di dalam filem ini dikekalkan dengan nama yang sama seperti di dalam komik iaitu Scott Lang dan Hank Pym. Filem ini dihasilkan oleh Marvel Studios dan diedarkan oleh Walt Disney Studios Motion Pictures. Peyton Reed adalah pengarah untuk filem ini, skrip ditulis oleh Edgar Wright, Joe Cornish dan Adam McKay.Filem ini dibintangi oleh pelakon terkenal seperti:


Filem Ant-Man ini mengisahkan bagaimana Scott Lang mempertahankan teknologi Ant-Man (teknologi yang membolehkan seseorang itu mengecil dan memperolehi kuasa yang luarbiasa) yang dicipta oleh Doktor Hank Pym. Pembikinan Ant-Man bermula pada bulan April 2006,dengan pengambilan Edgar Wright untuk mengarah dan menulis skrip bersama dengan Joe Cornish. Menjelang April 2011, Wright dan Cornish telah menyiapkan tiga draf skrip dan Wright menjalankan sesi rakaman ujian untuk filem itu pada Julai 2012.

      
Pra-produksi filem ini  bermula pada bulan Oktober 2013 tetapi ditangguhkan bagi memberi ruang kepada Wright yang sedang menyiapkan filem The World's End.Pengambaran untuk filem ini bermula pada bulan Disember 2013, dengan Rudd yang memegang watak Scott Lang. Pada bulan Mei 2014, Wright meninggalkan projek pembikinan filem ini disebabkan oleh perbezaan pendapat. 

Selepas itu Reed dibawa masuk sebagai pengganti Wright dan McKay telah diambil untuk menyumbang kepada penghasilan skrip. Penggambaran filem ini dijadualkan dibuat di Pinewood Atlanta di Fayette County, Georgia. Filem Ant-Man dijadual akan ditayangkan di pawagam pada 17 Julai 2015.





Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone