Jumaat, 1 Ogos 2014

Fakta tentang kemalangan jalanraya

Antara fakta fakta yang harus diketahui tentang kemalangan jalanraya di seluruh dunia dan kesannya.

Fakta tentang kemalangan jalanraya

1. Kemalangan jalan raya adalah antara 9 penyebab utama (2.2%)  kematian di seluruh dunia .


2. Hampir 1.3 juta kematian direkodkan dalam kemalangan jalan raya setiap tahun, secara purata 3,287 kematian sehari.



3. Setiap tahun hampir 400,000 kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan orang yang berumur di bawah 25 tahun , secara purata lebih 1,000 orang sehari.



4. Seramai 20 hingga 50 juta orang cedera atau cacat akibat kemalangan jalan raya setiap tahun.



5. Lebih separuh daripada semua kematian jalan raya berlaku di kalangan orang dewasa muda yang berumur antara 15 hingga 44 tahun di seluruh dunia.



6. Kemalangan jalan raya menyebabkan kerugian secara global sebanyak USD $518 billion,bersamaan dengan 1 hingga 2% daripada KDNK tahunan negara negara di serata dunia.



7. Kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian di kalangan anak-anak muda berumur antara 15 hingga 29 tahun dan punca kedua kematian di seluruh dunia di kalangan anak-anak muda berumur 5 hingga 14 tahun.



8. Lebih 90% daripada semua kemalangan maut berlaku di kalangan negara berpendapatan rendah dan sederhana, yang mana mempunyai 1/4 daripada jumlah keseluruhan kenderaan di dunia.



9. Diramalkan kemalangan jalan raya akan menjadi antara 5 sebab utama kematian di seluruh dunia pada tahun 2030.


** Statistik penduduk,kenderaan dan kemalangan di Malaysia dari 2002 hingga 2012.



Tahun Jumlah populasi penduduk Jumlah kenderaan didaftarkan Kenderaan terlibat dalam kemalangan Kematian akibat kemalangan di jalan raya
2002 24,526,500 12,068,144 507,995 5,891
2003 25,048,300 12,819,248 555,634 6,286
2004 25,580,000 13,828,889 596,533 6,228
2005 26,130,000 15,026,660 581,136 6,200
2006 26,640,000 15,790,732 635,024 6,287
2007 27,170,000 16,813,943 668,173 6,282
2008 27,730,000 17,971,901 671,078 6,527
2009 28,310,000 19,016,782 705,623 6,745
2010 28,910,000 20,188,565 760,433 6,872
2011 29,000,000 21,401,269 817,151 6,877
2012 29,300,000 22,702,221 777,817 6,917

Artikel lain yang berkaitan : Cara kurangkan stress ketika memandu

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone