Rabu, 13 Ogos 2014

Axolotl ikan pelik yang boleh berjalan

Axolotl ikan pelik yang boleh berjalan
Sumber gambar : Wikimedia 


                  Spesis ikan Axolotl ini dikenali sebagai Mexican salamander atau Mexican walking fish  dan nama saintifiknya ialah Ambystoma mexicanum. Walaupun dipanggil sebagai "ikan yang berjalan" namun ikan ini dikategorikan sebagai amfibia iaitu haiwan yang boleh hidup dalam dua alam yakni air dan darat serta mempunyai tulang belakang. Axolotl mempunyai saiz panjang badan diantara 15 hingga 45 sentimeter dengan 2 pasang anggota badan yang seakan kaki di bahagian depan dan belakang badan.


                 Spesis ikan axolotl adalah penghuni asal tasik Xochimilco dan tasik Chalco di Mexico namun malangnya tasik Chalco telah dikeringkan untuk mengelakkan kejadian banjir di kawasan tersebut. Kini hanya tasik Xochimilco sahaja yang tinggal sebagai habitat tetap untuk spesis ikan ini. Menurut kajian yang dijalankan, spesis ikan ini diancam kekupupusan di habitat asal disebabkan pelepasan ikan ikan seperti tilapia afrika dan ikan kap di kawasan sungai yang didiami oleh ikan axolotl. Akibat daripada pelepasan spesis ikan lain di habitat axolotl, maka sumber makanan untuk untuk ikan axolotl ini telah didominasi dan anak anak ikan ini dimakan oleh ikan ikan yang telah dilepaskan. Pencemaran sungai akibat aktiviti pertanian juga turut menyumbang kepada kepupusan spesis ikan axolotl.


                Apa yang menariknya tentang ikan axolotl ini ialah keupayaan sistem badan ikan ini yang mampu menjana semula anggota badan yang cedera atau putus. Kajian saintifik telah dijalan untuk meyelidik tentang bagaimana spesis axolotl ini mampu berbuat sedemikian. Dalam kaji selidik yang dijalankan pada tahun 2013 tentang ikan ini, menunjukkan bahawa terdapat penurunan jumlah yang drastik iaitu hanya 100 ekor pada tahun 2008 berbanding 6000 ekor pada tahun 1998, dalam keluasan satu kilometer persegi di habitat asal ikan ini iaitu tasik Xochimilco.


                 

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone