Selasa, 19 Ogos 2014

Alkisah teka teki

Ketika masih menuntut suatu ketika dahulu, aktiviti yang paling disukai oleh saya dan teman teman seperjungan untuk mengisi masa yang terluang ialah bermain teka teki. Seorang demi seorang memerah keringat untuk mencari dan merekacipta apa saja teka teki yang kadang kadang logik dan tak logik. Ada juga soalan yang bukan main panjang berjela jela tapi jawapan langsung tak masuk akal yang buat member panas semacam.

Alkisah teka teki



Berikut adalah antara teka teki yang masih saya ingat.

Teka teki no.1 :

Situasi : Seorang budak lelaki sedang berjalan jalan di tepi pantai sambil mencari port untuk berselfie, dalam keseronokan berselfie beliau terjumpa seekor ikan paus yang amat besar terdampar di tepi pantai berkenaan. Tanpa berlengah beliau memasukkan ikan paus tadi ke dalam saku seluar dan terus berlari pulang ke rumah.

Soalannya : Dalam cerita diatas, apakah perkara yang besar selain daripada ikan paus tersebut ?


Teka teki no.2 :

Apa akan terjadi bila bulan jatuh ke riba ?

Teka teki no.3:
Antara ayam dan telur, yang manakah wujud dahulu?

Teka teki no.4:
Bila malam ia menghilang, bila siang ia muncul. Dikejar tak dapat apatah lagi kalau hendak ditangkap. 

Teka teki no.5 :
Kalau dibiarkan ianya jelas kelihatan tapi hilang bila disentuh.

Teka teki no.6:
Ianya ringan malah lebih ringan daripada kapas namun tiada seorang pun yang dapat menahan tekanan yang dihasilkan olehnya walaupun si badang yang perkasa.

Teka teki no.7:
Mengapa tayar motosikal bahagian belakang cepat haus berbanding tayar hadapan? 

Teka teki no.8:
Dunia umpama neraka hidup ibarat layang layang. 
Soalannya: Rokok apakah yang ada kaitan dengan ayat tersebut?.




Jawapan untuk semua teka teki :

Jawapan untuk alkisah teka teki
Jawapan untuk alkisah teka teki









  1. jawapan teka teki no 1

    kunci patung ikan paus

    BalasPadam
  2. ok nak kena tumpukan betul betul dan jawab ni...hu hu hu, kena baca balik... tak sempat ni nak jawab... ekekekeke...

    BalasPadam
  3. Jawapan no.1- pembohong besar
    Jawapan no.2-dunia kiamat
    Jawapan no.3-ayam(cuba google klau x caya)
    Jawapan no.4-bayang bayang
    Jawapan no.5-bayang bayang dalam air
    Jawapan no.6-udara/oksigen
    Jawapan no.7-sebab tayar belakang letih asyik nak kejar tayar depan
    Jawapan no.8-dunhill

    BalasPadam

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone