Selasa, 14 Januari 2014

kelebihan pembayaran secara atas talian

         

kelebihan membuat pembayaran secara online.


Kerjasama daripada Bank Negara telah meletakkan Malaysia berada diatas landasan yang tepat ke arah migrasi sistem pembayaran secara atas talian atau (E-payments).


Beberapa langkah proaktif telah diambil beberapa tahun yang lepas bagi membolehkan sistem ini digunapakai sepenuhnya termasuk pembangunan infrastruktur. Adalah amat perlu bagi para peniaga dan individu mengamalkan sistem pembayaran secara atas talian kerana penggunaan cek mahupun pembayaran tunai secara manual akan meningkatkan kos kos operasi yang akan timbul. Berbanding dengan pembayaran secara atas talian, yang lebih cekap dan menjimatkan.


Menurut Bank Negara, penggunaan cek adalah lebih mahal dan membazirkan dari segi penggunaan tenaga manusia untuk memproses dan pembaziran bahan seperti kertas. Dianggarkan lebih RM768 juta diperuntukkan untuk memproses cek di Malaysia dalam masa setahun. Satu angka yang agak besar jika dilihat dari segi langkah penjimatan.



Berdasarkan Laporan Pembayaran Dunia 2013, penggunaan cek di kalangan negara Asia Pacific mencatatkan penurunan besar menjunam kepada 10 peratus antara 2010 hingga 2012. Di Australia, penggunaan cek telah menurun kepada 60 peratus sejak lebih sedekad yang lalu. Penggunaan cek dijangka akan mencapai angka sifar menjelang tahun 2018.Beberapa negara Eropah seperti Sweden dan Norway penggunaan cek tidak lagi wujud.



Di Malaysia,bagaimanapun, penggunaan cek dan pembayaran tunai masih mencatatkan angka yang tinggi. Penggunaan cek per kapita adalah 6.9 peratus berbanding 0.2 peratus di negara maju. Pusingan mata wang berbanding KDNK adalah 6.1 peratus, yang mana 3.8 peratus lebih tinggi secara purata berbanding negara maju.



Bagi mempercepatkan migrasi pembayaran   berasaskan kertas kepada secara atas talian, Bank Negara telah meletakkan beberapa kaedah yang penting bagi mengurangkan yuran pembayaran transaksi antara bank melalui internet and transaksi perbankan mudah alih dari RM2 per transaksi kepada 10 sen . Yuran pemprosesan cek pula akan dikenakan sebanyak  50 sen untuk setiap keping cek berkuatkuasa pada 1 April 2014. 

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone