Sabtu, 14 Disember 2013

talasemia

Label :

                   Talasemia merupakan kecacatan pada sel darah. Penyakit ini dibawa oleh gen ibu bapa seterusnya diwarisi kepada anak anak mereka. Talasemia menyebabkan badan kurang menghasilkan sel darah merah yang sihat serta kurang hemoglobin dari tahap normal. Hemoglobin adalah protein yang kaya dengan zat besi di dalam sel darah  merah.   Hemoglobin berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh anggota badan serta juga berfungsi membebaskan karbon dioksida iaitu gas buangan dari badan ke paru paru dan seterusnya dihembus keluar melalui mulut. 
                   Seseorang yang mempunyai talasemia boleh menghidap Anemia  sederhana atau lebih teruk. Anemia terjadi adalah disebabkan oleh kekurangan sel darah merah dalam badan atau kekurangan hemoglobin di dalam sel sel darah merah. Hemoglobin normal yang mana juga di istilahkan sebagai hemoglobin A, mempunyai empat rantaian protein iaitu dua alfa globin dan dua beta globin.
                   Empat gen ( dua dari setiap ibu bapa) diperlukan untuk melengkapkan rantaian protein alfa globin. Jika dua atau empat gen ini tiada maka akan terjadi Alfa Talasemia. Anemia yang teruk akan berlaku jika lebih dari dua gen hilang. Alfa talasemia yang teruk dikategorikan sebagai Alfa talasemia utama atau hydrops fetalis. Bayi yang mempunyai penyakit ini akan mati sebelum atau sejurus selepas kelahiran.
                   Dua gen (satu dari setiap ibu bapa) diperlukan untuk melengkapkan rantaian protein beta globin. Talasemia beta berlaku  jika satu atau kedua dua gen berubah. Permasalahan beta globin bergantung kepada berapa teruknya gen terjejas samada satu atau kedua duanya. Jika kedua dua gen terjejas maka Anemia yang teruk boleh berlaku.
                   Talasemia terjadi pada lelaki dan juga perempuan, Kecacatan paling kerap berlaku dikalangan orang orang Itali, Greek, Timur tengah, Asia dan Afrika. Kes yang teruk biasanya didiagnosis berpandukan ujian darah. Kecacatan  akan dirawat dengan pemindahan darah, ubatan ubatan dan lain lain prosedur yang berkaitan. Rawatan untuk talasemia telah bertambah baik dari tahun ke tahun. Seseorang yang mempunyai talasemia yang sederhana atau teruk kini mampu hidup lebih lama dan kualiti hidup yang lebih baik. 
                  Pasangan yang akan berkahwin digalakkan  untuk menjalani ujian Talasemia sebagai langkah pencegahan awal.




Mothers in Niger are an ally in the fight against malnutrition

Label :


perlunya pemahaman tentang hak asasi manusia

Label :

                  Hak asasi manusia diterjemahkan sebagai hak hak asas yang dimiliki oleh seseorang manusia dalam menjalani kehidupan. Hak hak ini mestilah dihormati oleh semua demi memelihara keharmonian dan keamanan sejagat. Hak bersuara sebagai contoh adalah hak seseorang untuk menyuarakan apa apa pendapat mahupun pandangan dengan syarat ianya tidak melampaui batas  batas yang telah ditetapkan oleh semua pihak. Hak pekerja pula haruslah difahami oleh setiap pekerja yang mana ianya adalah tentang hak  yang wajib antara 
pekerja dan majikan mereka.Seandainya mana mana hak pekerja atau majikan yang telah ditetapkan tidak dipatuhi maka pihak yang tidak mematuhi akan dikenakan tindakan mengikut peruntukan undang undang yang telah sedia ada. 
                Dalam arus pembangunan yang semakin pesat, pihak kerajaan sentiasa berusaha memperbaiki sistem hak asasi yang sedia ada serta menambah baik komponen yang perlu.
Pemahaman tentang hak asasi ini amatlah penting ini kerana jika tiada pemahaman maka seseorang itu akan mudah ditindas oleh sesetengah pihak yang ingin mengambil kesempatan.

In Chad, fighting a nutrition crisis on multiple fronts

Label :


Jumaat, 13 Disember 2013

Agape

Label :


Khamis, 12 Disember 2013

philiphnes start to recover after typhoon

Label :

Selasa, 10 Disember 2013

A Syrian girl is born in northern Iraq

Label :

UNICEF

A Syrian girl is born in northern Iraq

SULIMANIYAH, Iraq, 6 December 2013 – Baby Jian came into the world just one day after her mother arrived in Arbat refugee camp in northern Iraq.

As winter sets in, essential supplies arrive for Syrian refugee children in Iraq

Label :

UNICEF Image

UNICEF

As winter sets in, essential supplies arrive for Syrian refugee children in Iraq

ERBIL, Iraq, 4 December 2013 – UNICEF has received its first shipment of winter clothing and shoes for Syrian refugee children in Iraq. Two truckloads of supplies came from Turkey, which UNICEF will assemble into complete kits to be distributed in the refugee camps in northern Iraq.

Ahad, 8 Disember 2013

PERBANDINGAN STATISTIK JENAYAH 2012 DAN 2013 DI MALAYSIA

Label :

           
 STATISTIK JENAYAH 2012 DAN 2013 MALAYSIA
Berikut adalah perbandingan statistik jenayah pada tahun 2012 dan tahun 2013 di Malaysia. 
Terdapat penurunan dan pertambahan mengikut negeri namun secara keseluruhan jumlah kes menurun berbanding tahun sebelumnya.





Kejayaan mengurangkan kes jenayah ini adalah sebahagian daripada pencapaian program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Ini memberi impak positif kepada kepercayaan rakyat terhadap pihak polis dalam menangani kes kes jenayah yang menggugat ketenteraman negara.





Perbandingan statistik antara negeri di Malaysia :


NEGERI  / W.P JAN HINGGA JUN 2012 , JAN HINGGA JUN 2013 , MENINGKAT MENURUN
KUALA LUMPUR 12,447 11,012 -1,435
SELANGOR 19,804 21,672 +1,868
JOHOR 9,586 8,930 -656
PULAU PINANG 3,966 4,296 +330
KEDAH 4,857 4,197 -660
KELANTAN 2,985 2,694 -291
MELAKA 2,269 2,172 -97
NEGERI SEMBILAN 2,985 3,044 +59
PAHANG 2,687 2,555 -132
PERAK 4,319 3,804 -515
TERENGGANU 1,770 1,736 -34
SABAH 3,040 2,812 -228
SARAWAK 5,096 4,754 -342
PERLIS 436 449 +13
JUMLAH  [+/-] 76,247 74,127 -2,120


World Cup 2014 group draw

Label :

                                      ..........World Cup 2014 group draw........
    GROUP A Brazil, Croatia, Mexico, Cameroon.
    GROUP B Spain, Netherlands,Chile, Australia.
    GROUP C Colombia, Greece, Ivory Coast, Japan.
    GROUP D Uruguay, Costa Rica, England, Italy.
    GROUP E Switzerland, Ecuador, France,Honduras.
    GROUP F Argentina, Bosnia, Iran, Nigeria.
    GROUP G Germany, Portugal,Ghana, USA.
    GROUP H Belgium, Algeria, Russia, Korea.
    1990 West Germany
    1994 Brazil
    1998 France
    2002 Brazil
    2006 Italy
    2010 Spain