Jumaat, 6 Disember 2013

UNICEF mourns the loss of Nelson Mandela

Label :

Selasa, 3 Disember 2013

Fakta yang perlu difahami tentang GST

Label :

APA ITU GST ?

              Apabila anda berbelanja keatas sesuatu barangan atau perkhidmatan maka anda akan membayar GST. Ianya adalah cukai kepenggunaan dan dikenakan di semua peringkat perniagaan. GST diperkenalkan untuk mengantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP) bertujuan untuk menambah baik sistem percukaian negara supaya lebih mesra perniagaan, efisyen dan efektif. Berdasarkan sejarah, Perancis mula melaksanakan GST pada awal 1950an. Berbanding 160 negara lain. Malaysia, Maynmar dan Brunei adalah negara ASEAN yang masih belum melaksanakan GST.

kadar vat/gst di 5 buah negara


ANTARA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST.

Terdapat sesetengah barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST atas tujuan sosio ekonomi.
Antara barangan perkhidmatan tersebut ialah :

- Perkhidmatan awam
- Perkhidmatan kesihatan
- Pendidikan
- Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
- Makanan asas seperti : beras,  tepung, gula,  minyak masak

KESAN POSITIF PERLAKSANAAN GST :

1. Mengurangkan karenah birokrasi yang mana urusan perniagaan adalah lebih mudah kerana tidak perlu memohon bagi kelulusan pegecualian ke atas bahan mentah.

2. GST lebih telus berbanding CJP kerana pengguna akan tahu samada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

3. GST akan menghapuskan cukai bertindih dibawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

4. Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, di peringkat :
- sektor perkhidmatan
- pengilangan
- pemborong
- peruncit

5. GST mempunyai mekanisme yang telah tersedia berbanding CJP, menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri dan seterusnya dapat meningkatkan pematuhan .

6. Berbanding dengan CJP, perlaksanaan GST akan mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan.

Maklumat lanjut :




Isnin, 2 Disember 2013

In Iraq, meeting the needs of Syrian refugees living with disabilities

Label :

UNICEF Image

UNICEF

   

         In Iraq, meeting the needs of Syrian refugees living with disabilities

SULIMANIYAH, Iraq, 29 November 2013 – There are nearly 2,500 Syrians living in Arbat refugee camp just outside of Sulimaniyah, and many of them, like Suliman Gorgis’s family, live with disabilities.

Ahad, 1 Disember 2013

Pelakon filem ' Fast and Furious' Paul Walker meninggal dunia dalam kemalangan

Label :

                    Berita sedih buat peminat filem 'Fast & Furious',Paul Walker (Brian O'Conner) telah terbunuh dalam satu kemalangan kereta di California. Menurut laporan, pelakon berusia 40 tahun itu menumpang dalam Porsche yang hilang kawalan dan terhempas di Santa Clarita, utara Los Angeles. Kereta tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiang atau pokok lalu terbakar , membunuh kedua-dua penumpang di dalam kenderaan itu. Semasa kejadian, Paul Walker dalam perjalanan menghadiri majlis amal Reach Out Worldwide yang ditubuhkan oleh beliau sendiri pada 2010.Satu kehilangan besar dan tragis. Beliau dilahirkan di Glendale, California pada September 12, 1973.


                      " Kami mengesahkan bahawa Paul Walker meninggal dunia hari ini dalam kemalangan kereta semasa menghadiri acara amal untuk organisasi Reach Out seluruh dunia. Dia adalah seorang penumpang di dalam kereta salah seorang kawannya ketika kejadian berlaku, kedua dua mereka meninggal dunia dalam nahas terbabit. Kami menghargai keperihatinan serta kesabaran anda kami juga terkejut serta sedih di diatas berita yang tragis ini. Terima kasih untuk doa anda dalam masa yang sukar ini bagi pihak keluarga dan rakan-rakan mendiang. - ‪ # TeamPW "






program pemeriksaan kesihatan PERKESO

Label :


Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO.


              Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO (HSP) telah diumumkan semasa Bajet 2013 oleh YAB Dato 'Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 28 September 2012. HSP adalah program saringan kesihatan yang ditawarkan kepada semua para pekerja yang aktif menyumbang kepada PERKESO yang mencapai umur 40 tahun keatas.Pekerja yang sihat dan produktif bukan sahaja merupakan satu aset yang bernilai kepada  majikannya malahan juga kepada keluarga, komuniti dan negara. PERKESO dengan kerjasama antara majikan dan organisasi kesihatan  telah mengambil satu langkah proaktif untuk menjayakan hasrat tersebut melalui Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO.

               
               Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa hanya 10%, iaitu seramai 249,684, daripada jumlah keseluruhan pekerja telah menjalani Program Saringan Kesihatan. Manakala 65% lagi masih belum menjalani Saringan Kesihatan semenjak program ini diperkenalkan. Berdasarkan data yang telah diperoleh daripada 125,094 pekerja yang mana telah menjalani Program Saringan Kesihatan dari Januari sehingga Julai 2013, menunjukkan tahap kesihatan yang berada pada tahap agak membimbangkan.

Keputusan pemeriksaan kesihatan daripada 125,094 perkerja menunjukkan:

Obesiti - 18%

Diabetes - 15%

Hypercholesterolaemia - 58%

Berat badan berlebihan - 38%

Hypertension - 19%



Daripada jumlah 49,685 pekerja wanita, 33,174 orang telah menjalani ujian Pap Smear. Manakala 20,376 lagi telah melakukan ujian Mammogram.



Keputusan pemeriksaan menunjukkan :

Pap Smear (tidak normal) - 30%

Mammogram (tidak normal) - 1%


Berikut ialah 5 langkah mudah untuk menjalani Pemeriksaan Kesihatan PERKESO :


1 . PERKESO mengedarkan voucer Program Saringan Kesihatan kepada   majikan.



2. Majikan pula akan mengedarkan voucer tersebut kepada para pekerja mereka.



3. Para pekerja menghubungi klinik panel untuk temu janji pemeriksan.



4. Para pekerja hadir untuk saringan kesihatan di klinik panel yang telah ditetapkan.



5. Khidmat pakar runding dan nasihat akan diberikan sebaik sahaja keputusan ujian saringan diperolehi.




Untuk maklumat lanjut Majikan atau Pekerja boleh menghubungi PERKESO di :

talian = 03 4252 1258 / 03 4252 4476
            03 4252 4475 / 03 4264 5089

atau layari laman web:





akta perlindungan data peribadi 2010

Label :

Apa yang perlu diketahui tentang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia) ?

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan bagi tujuan melindungi data peribadi yang meliputi maklumat asas antaranya seperti nama, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank serta maklumat sensitif antaranya seperti rekod perubatan dan tahap kesihatan daripada digunakan tanpa kebenaran oleh pihak lain selain pemunya data peribadi untuk tujuan transaksi komersial secara langsung atau tidak langsung.


Hak hak anda ?

Hak hak anda yang perlu anda tahu apabila sesebuah organisasi mengambil dan merekodkan butir butir peribadi anda untuk tujuan transaksi komersial. Antara hak hak tersebut ialah :

- Sebab sebab sesebuah organisasi memerlukan data peribadi anda.
- Memastikan anda diberitahu/dimaklumkan  apabila sesebuah organisasi atau individu memberikan data peribadi anda kepada pihak lain atau mereka memperoleh serta menyimpan data peribadi anda secara langsung atau tidak langsung. 
-Pemunya data peribadi berhak menghalang sesebuah organisasi atau individu yang menyimpan atau  merekod  data peribadi daripada menggunakanya untuk tujuan pemasaran langsung.

Kesalahan dan Hukuman.

Dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 jika sesebuah organisasi atau individu didapati mengumpul atau merekod data data peribadi dengan cara yang menyalahi undang undang maka pihak pihak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM500,00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua duanya.

Untuk maklumat lanjut sila layari :



* sumber rujukan : Jabatan Perlindungan Data Peribadi (Malaysia).