Khamis, 18 April 2013

darurat dan pengertiannya

Label :

                     Sebaik tamatnya perang dunia kedua, darurat merupakan satu kronologi bersejarah dalam pembentukan negara Malaysia moden. Dalam tempoh 12 tahun rakyat hidup dalam ketakutan dan kesukaran apabila PKM ( Parti Komunis Malaya) melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap kerajaan British di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1960. Undang undang Darurat yang diwujudkan pada masa itu memberi pengertian sebenar buat generasi yang hidup pada era tersebut. Bagi generasi hari ini, pengertian darurat mungkin tidak pernah terpancar di minda mereka apatah lagi membayangkan bagaimana keadaan atau suasana pada masa tersebut. Pembelajaran di sekolah mungkin ada menceritakan tentang Darurat tetapi tidak secara jelas dan terperinci. Semasa di sekolah kita diperjelaskan bahawa Darurat merupakan satu tindakan kerajaan British ( kemudiannya dikenali sebagai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu) menentang pemberontakan bersenjata PKM. Darurat ialah tindakan ganas PKM menimbulkan kekacauan, kacau bilau dan huru hara dalam masyarakat bertujuan untuk menjatuhkan kerjaan yang sedia ada secara kekerasan.
                   Walaupun gerila komunis ini digambarkan sebagai penyebab utama kepada Darurat selama 12 tahun, namun jika kita nilai kembali secara rasional, peristiwa Darurat sebenarnya amatlah penting kerana ia menjadi pemangkin kepada proses kemerdekaan negara. Konflik Darurat adalah pertembungan atau perang ideologi dan politik yang mana membawa kepada kemuncak gerakan bersenjata. Pertembungan ideologi di sini bermaksud antara komunisme iaitu pihak yang ditentang. Ini adalah realiti sebenar dalam proses Darurat. Kebangkitan nasionalisme merupakan latar masa ketika itu, manakala aktor utama ialah Parti Komunis Malaya dan kerajaan British selaku pihak yang ditentang. Darurat merupakan satu kejadian yang telah membawa perubahan drastik kepada Tanah Melayu seperti proses mencapai kemerdekaan daripada British dan pemberian hak kerakyatan kepada merekan yang berketurunan Cina dan India atas inisiatif Jeneral Gerald Templer semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. Kemerdekaan merupakan sesuatu yang paling berharga bagi rakyat dan itulah yang diperjuangkan oleh para pemimpin kita pada masa itu. Malah, kemenangan ini telah menjadi titik kelemahan kepada PKM yang mana rakyat telah menolak perjuangan mereka lantas bersama sama dengan kerajaan dalam memerangi ideologi komunisme. Peristiwa yang mencetus kepada era Darurat ini wajar diperjelaskan secara lebih terperinci agar difahami dengan berkesan dan terperinci oleh generasi kini. Ini adalah kerana untuk mengekalkan keharmonian yang telah sedia ada, mereka (generasi masa kini) harus faham tentang perjalanan sejarah negara. Negara Malaysia yang kita lihat hari ini adalah berkat usaha dan pengorbanan generasi yang terdahulu yang mana merupakan satu proses sukar dan payah selama beberapa dekad lamanya.
               Haruslah kita ingat bahawa Malaysia kita kini hidup dalam keadaan yang aman dan damai walaupun berbilang bangsa serta kaum. Kita duduk dibawah satu bumbung, makan semeja dan berupaya untuk bertolak ansur serta menghormati sesama sendiri. Jangan sesekali kita biarkan sebarang anasir anasir atau elemen elemen yang boleh meruntuhkan dan merampas negara kita daripada tangan kita sendiri.

Selasa, 16 April 2013

art of war

Label :

" Hence the saying : If you know your enemy and know   yourself, you need no fear the result of a hundred battles. If you know yourself but not the enemy, for every victory gained you will also suffer a defeat. If you know neither the enemy nor yourself, you will succumb in every battle. "


                        -Art of War ( SUN TZU ) -

Isnin, 15 April 2013

new movie trailer

Label :

DESPICABLE ME 2 TURBO

keep fighting

Label :

                    "We learnt from yesterday and carefully plan our next journey for tomorrow. Never underestimate what we capable off, blaming won't be our allied, rise and challenge !! because victory is waiting for us ahead"

inpirasi

Label :

"Tanpa inspirasi, keupayaan minda akan kekal terbatas
 Nyalakan api imaginasi, maka inspirasi pasti muncul
  Inspirasi adalah harapan, kunci pintu perjalanan bagi setiap insan
 satu titik permulaan mencari jawapan tentang kehidupan
 setiap kita ada hala tuju masing masing
 di sebalik pintu tersembunyi khazanah yang tak terbatas"

Ahad, 14 April 2013

how to watch free tv and radio online

Label :

hembusan penyesalan

Label :



Berbisik suara niat dihati
apakan daya kudrat tiada
terbaring pasrah tiada daya
sekadar merenung nasib diri

terkenang kembali ketika itu
cacat tiada kurniaan-NYA sempurna
lantas bermegah setinggi langit
hingga terlupa, lantas lalai
bersyukur tidak pernah terlintas

penyesalan sekadar luahan
tiada guna hanya derita
kerana telah hilang semua
yang tinggal hanya kenangan
kini aku menunggu saat 
menanti tiba panggilan.





perjuangan

Label :

Kita berhak memilih
yang baik jadikan pedoman
yang buruk jadikan peringatan
tak usah rasa takut
tak usah rasa gentar
hidup ini umpama medan pertempuran
teruskan langkah jangan berundur
ingat matlamat, cekalkan hati 
jadikan semangat teman seperjuangan
tawanlah ketakutan
bunuhlah sebarang kesangsian

jasad mungkin tewas
tapi perjuangan akan tetap hidup
selagi ia hidup
tak akan ada pengakhiran.