Jumaat, 22 Februari 2013

Hot topic for the day

Label :

Sony Playstation 4

Label :


                         Berita gempak buat peminat Sony Playstation!. Pemain melihat permainan video yang terdapat dalam PlayStation Store, dan mereka segera mencuba demo tanpa menunggu. Mereka kemudian boleh mula bermain permainan, berkongsi klip dengan rakan-rakan hanya dengan menekan satu butang sahaja. Pemain lain mungkin menonton siaran langsung permainan anda, dan juga menambah tips untuk membantu anda menguasai cabaran yang sukar dalam permainan anda.

                         Ini adalah suasana baru permainan video yang digambarkan oleh Sony  selepas mendedahkan  PlayStation 4 pada satu majlis di New York . Persoalannya : Apakah gambaran sebenar  yang dimaksudkan dengan "hardware hosting"? . Pertama, mari kita imbas kembali tentang apa yang telah dikongsikan oleh Sony. PS4 jelas tertumpu pada suasana yang lebih sosial, memberi pemain peluang untuk mudah berkongsi kandungan dengan rakan. "Gaikai" pula adalah teras kepada semua fungsi ini, pemain dapat meneroka dengan pantas melalui demo yag disediakan serta penyiaran permainan secara langsung.

                      Playstation 4 terbaru ini disertakan degan ciri ciri kawalan terbaru iaitu touchpad, motion controls, built-in speaker and stereo headset jack. "  PlayStation app" akan memperkenalkan pengalaman skrin kedua, memberi peluang kepada  pemain membeli permainan, menonton siaran langsung dan melihat kandungan tambahan pada IOS dan Android melalui telefon pintar atau tablet.
                 
                      Antara ciri ciri tergempak adalah keupayaan untuk memuat turun atau mengemaskini  latar belakang permainan playstation mereka. Rata rata pemain permainan playstation menghadapi masalah dalam proses mengemaskini dan memuat turun yag mengambil masa yang agak lama sebelum dapat memulakan permainan. Kelemahan kelemahan  ini telah diatasi dan ditambah baik dalam PS4.
               
                     PS4 menawarkan koleksi permainan terbaru dan lebih mecabar, antaranya adalah permainan aksi " Watch Dogs" dari Ubisoft dan " Destiny "oleh Bungie iaitu permainan secara dalam talian.Killzone pula dengan chapter terbaru iaitu "Shadow Fall". Persoalan lain yang mungkin timbul ialah adakah PS4 terbaru ini menawarkan satu peyelesaian integrasi koleksi koleksi permainan dari   PS3 ?, samada koleksi yang telah sedia ada di rumah mahupun di dalam konsol PS3 itu sendiri. Sony memberi gambaran awal bahawa teknologi " cloud"  bakal diperkenalkan yang mana akan memberi kemudahan kepada pemain untuk mengakses permainan vieo yang terdapat dalam simpanan Playstation aka "  PlayStation library of games ".
             
                      Soalan terakhir yang akan diambil kira oleh pengguna ataupun kipas susah nak mati aka "die hard fan" adalah harga. Salah satu kesilapan Sony adalah menawarkan PS3 dengan harga yang agak tinggi iaitu  499 USD dan 599 USD ketika di awal pelancaran . Harga yang munasabah atau berpatutan  yang ditawarkan oleh Sony terhadap PS4 terbaru ini akan menentukan samada mereka dapat menguasai semula dunia permainan video masa kini.


Pautan laman web yang menarik tentang PS4:

http://www.forbes.com/sites/insertcoin/2013/02/21/what-we-didnt-learn-from-sonys-ps4-reveal
http://herocomplex.latimes.com/games/ps4-10-things-you-need-to-know-about-the-ps4