Ahad, 1 Disember 2013

program pemeriksaan kesihatan PERKESO

Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO.


              Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO (HSP) telah diumumkan semasa Bajet 2013 oleh YAB Dato 'Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada 28 September 2012. HSP adalah program saringan kesihatan yang ditawarkan kepada semua para pekerja yang aktif menyumbang kepada PERKESO yang mencapai umur 40 tahun keatas.Pekerja yang sihat dan produktif bukan sahaja merupakan satu aset yang bernilai kepada  majikannya malahan juga kepada keluarga, komuniti dan negara. PERKESO dengan kerjasama antara majikan dan organisasi kesihatan  telah mengambil satu langkah proaktif untuk menjayakan hasrat tersebut melalui Program Pemeriksaan Kesihatan PERKESO.

               
               Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa hanya 10%, iaitu seramai 249,684, daripada jumlah keseluruhan pekerja telah menjalani Program Saringan Kesihatan. Manakala 65% lagi masih belum menjalani Saringan Kesihatan semenjak program ini diperkenalkan. Berdasarkan data yang telah diperoleh daripada 125,094 pekerja yang mana telah menjalani Program Saringan Kesihatan dari Januari sehingga Julai 2013, menunjukkan tahap kesihatan yang berada pada tahap agak membimbangkan.

Keputusan pemeriksaan kesihatan daripada 125,094 perkerja menunjukkan:

Obesiti - 18%

Diabetes - 15%

Hypercholesterolaemia - 58%

Berat badan berlebihan - 38%

Hypertension - 19%



Daripada jumlah 49,685 pekerja wanita, 33,174 orang telah menjalani ujian Pap Smear. Manakala 20,376 lagi telah melakukan ujian Mammogram.



Keputusan pemeriksaan menunjukkan :

Pap Smear (tidak normal) - 30%

Mammogram (tidak normal) - 1%


Berikut ialah 5 langkah mudah untuk menjalani Pemeriksaan Kesihatan PERKESO :


1 . PERKESO mengedarkan voucer Program Saringan Kesihatan kepada   majikan.



2. Majikan pula akan mengedarkan voucer tersebut kepada para pekerja mereka.



3. Para pekerja menghubungi klinik panel untuk temu janji pemeriksan.



4. Para pekerja hadir untuk saringan kesihatan di klinik panel yang telah ditetapkan.



5. Khidmat pakar runding dan nasihat akan diberikan sebaik sahaja keputusan ujian saringan diperolehi.




Untuk maklumat lanjut Majikan atau Pekerja boleh menghubungi PERKESO di :

talian = 03 4252 1258 / 03 4252 4476
            03 4252 4475 / 03 4264 5089

atau layari laman web:





Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone