Selasa, 3 Disember 2013

Fakta yang perlu difahami tentang GST

APA ITU GST ?

              Apabila anda berbelanja keatas sesuatu barangan atau perkhidmatan maka anda akan membayar GST. Ianya adalah cukai kepenggunaan dan dikenakan di semua peringkat perniagaan. GST diperkenalkan untuk mengantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (CJP) bertujuan untuk menambah baik sistem percukaian negara supaya lebih mesra perniagaan, efisyen dan efektif. Berdasarkan sejarah, Perancis mula melaksanakan GST pada awal 1950an. Berbanding 160 negara lain. Malaysia, Maynmar dan Brunei adalah negara ASEAN yang masih belum melaksanakan GST.

kadar vat/gst di 5 buah negara


ANTARA BARANGAN DAN PERKHIDMATAN YANG TIDAK DIKENAKAN GST.

Terdapat sesetengah barangan dan perkhidmatan yang tidak dikenakan GST atas tujuan sosio ekonomi.
Antara barangan perkhidmatan tersebut ialah :

- Perkhidmatan awam
- Perkhidmatan kesihatan
- Pendidikan
- Pembelian dan penyewaan rumah kediaman
- Makanan asas seperti : beras,  tepung, gula,  minyak masak

KESAN POSITIF PERLAKSANAAN GST :

1. Mengurangkan karenah birokrasi yang mana urusan perniagaan adalah lebih mudah kerana tidak perlu memohon bagi kelulusan pegecualian ke atas bahan mentah.

2. GST lebih telus berbanding CJP kerana pengguna akan tahu samada barang dibeli atau perkhidmatan diperolehi tertakluk kepada cukai dan amaun cukai yang perlu dibayar.

3. GST akan menghapuskan cukai bertindih dibawah CJP. Pengguna akan membayar harga yang lebih berpatutan untuk kebanyakan barangan dan perkhidmatan di bawah GST berbanding CJP.

4. Kadar GST dikenakan secara sama rata antara perniagaan yang terlibat, di peringkat :
- sektor perkhidmatan
- pengilangan
- pemborong
- peruncit

5. GST mempunyai mekanisme yang telah tersedia berbanding CJP, menjadikan pentadbiran cukai lebih berkawalan kendiri dan seterusnya dapat meningkatkan pematuhan .

6. Berbanding dengan CJP, perlaksanaan GST akan mengurangkan kos perniagaan kerana peniaga boleh mendapatkan semula cukai input ke atas bahan mentah / barang dan perkhidmatan di setiap peringkat perniagaan.

Maklumat lanjut :




Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone