Ahad, 1 Disember 2013

akta perlindungan data peribadi 2010

Apa yang perlu diketahui tentang Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Malaysia) ?

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 diwujudkan bagi tujuan melindungi data peribadi yang meliputi maklumat asas antaranya seperti nama, nombor kad pengenalan dan butiran akaun bank serta maklumat sensitif antaranya seperti rekod perubatan dan tahap kesihatan daripada digunakan tanpa kebenaran oleh pihak lain selain pemunya data peribadi untuk tujuan transaksi komersial secara langsung atau tidak langsung.


Hak hak anda ?

Hak hak anda yang perlu anda tahu apabila sesebuah organisasi mengambil dan merekodkan butir butir peribadi anda untuk tujuan transaksi komersial. Antara hak hak tersebut ialah :

- Sebab sebab sesebuah organisasi memerlukan data peribadi anda.
- Memastikan anda diberitahu/dimaklumkan  apabila sesebuah organisasi atau individu memberikan data peribadi anda kepada pihak lain atau mereka memperoleh serta menyimpan data peribadi anda secara langsung atau tidak langsung. 
-Pemunya data peribadi berhak menghalang sesebuah organisasi atau individu yang menyimpan atau  merekod  data peribadi daripada menggunakanya untuk tujuan pemasaran langsung.

Kesalahan dan Hukuman.

Dibawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 jika sesebuah organisasi atau individu didapati mengumpul atau merekod data data peribadi dengan cara yang menyalahi undang undang maka pihak pihak tersebut boleh didenda tidak melebihi RM500,00 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua duanya.

Untuk maklumat lanjut sila layari :



* sumber rujukan : Jabatan Perlindungan Data Peribadi (Malaysia).



Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone