Isnin, 19 Ogos 2013

kanser

            Kanser merupakan antara penyumbang kepada jumlah kematian yang ramai pada setiap tahun. Sebanyak 7.6 juta kematian direkodkan pada 2008 di seluruh dunia, yang mana  secara kasarnya adalah sebanyak 13 peratus untuk jumlah kematian pada tahun tersebut. Berikut adalah beberapa fakta yang patut diketahui tentang penyakit kanser:

1.    Berdasarkan anggaran yang dibuat oleh Penyelidik Kanser Antarabangsa pada 2008, menyatakan bahawa terdapat 5 jenis kanser yang paling biasa didapati iaitu :
- Kanser paru paru.
- Kanser payudara
- Kanser perut.
- Kanser prostat.
- Kanser kolorektal

2. Sesetengah sel kanser mempunyai keupayan untuk bermutasi sebanyak 100,000 kali secara rawak bagai setiap sel.

3. Terdapat sebanyak 200 jenis kanser yang berlainan, bermula dari  (acute lymphoblastic leukemia)  kanser yang terjadi dalam sel sumsum tulang sehinggalah kepada (Wilms' tumour) sejenis kanser buah pinggang.

4. Kanser pankreas merupakan sejenis kanser yang paling cepat membunuh. Sesetengah kajian menunjukkan bahawa setelah ianya ditemui (diagnosis) dalam badan pesakit, mereka mempunyai purata jangka hidup selama 3 bulan sahaja.

5. Pada tahun 1980. Seorang warga canada - Terry Fox, yang mana kaki beliau terpaksa dipotong akibat (osteosarcoma),  membuat larian amal merentas negara untuk mengutip dana bagi penyelidikan kanser, Beliau menamatkan larian setelah 143 hari  dengan larian sejauh 5.373 kilometer akibat sesak nafas. Sejak itu, TERRY FOX FOUNDATION telah mengumpul sebanyak US$500 juta bagi penyelidikan kanser.

6. Seorang warga Britian telah disabitkan dengan kesalahan merompak. Tempoh hukuman beliau telah dikurangkan oleh mahkamah setelah didapati mengalami ketumbuhan dalam otak (brain tumor), yang mana para juri mengklasifikasi beliau mengalami gejala pemikiran yang tidak normal akibat daripada penyakit tersebut.

7. Produk produk pengguna yang mengandungi radium dan polonium hasil penemuan oleh Marie Carie, masih mempunyai bahan radioaktif . Marie Curie mati akibat leukemia pada tahun 1934 berkemungkinan besar disebabkan oleh pendedahan pada bahan radiasi . Radium mempunyai jangka kitar hayat selama 1,600 tahun.

8. Bukti tertua kanser ditemui pada bulan jun , 2013. Ianya ditemui di dalam tulang orang Neanderthal yang  berusia 120,000 tahun dahulu.

9. Kajian pada tahun 2005 menunjukkan bahawa wanita yang menggunakan tangan kiri, mempunyai 2 kali kemungkinan untuk menghidap kanser berbanding dengan wanita yang bertangan kanan.

10. Melanoma - sejenis kanser kulit, adalah 10 peratus berkemungkinan terjadi pada  bahagian kiri tubuh manusia.

11. Kanser payudara adalah 10 berkemungkinan terjadi pada payudara sebelah kiri tubuh  manusia. - saintis masih tidak pasti punca penyebabnya-

12. Pada tahun 2012 seramai 12,000,000 juta orang penghidap kanser di U.S telah pulih berbanding dengan 3,000,000 orang pada tahun 1971. Ini adalah hasil daripada pembangunan teknologi dan kaedah perubatan terkini serta peningkatan tahap kesedaran orang ramai tentang pentingnya diagnosis awal pengesanan kanser.

13. Kajian yang dijalankan menyokong idea bahawa cara pemakanan seseorang boleh meningkatkan risiko menghidap kanser. Amalan pemakanan yang betul dan diet yang seimbang adalah salah satu kunci pencegah kanser. Penyelidik telah melakukan kajian terhadap berjuta penduduk U.S selama 16 tahun dan mendapati bahawa masalah obesiti menyumbang sebanyak 20 peratus  kepada penyakit kanser dalam negara tersebut. Penyelidik membuat hypotesis keatas 90,000 kes kematian yang disebabkan oleh kanser dan berpendapat bahawa ianya boleh dicegah jika orang ramai mengekalkan tahap berat badan yang ideal.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone