Khamis, 18 April 2013

Darurat dan pengertiannya

Selepas perang dunia kedua.

Sebaik tamatnya perang dunia kedua, darurat merupakan satu kronologi bersejarah dalam pembentukan negara Malaysia moden. Dalam tempoh 12 tahun rakyat hidup dalam ketakutan dan kesukaran apabila PKM ( Parti Komunis Malaya) melancarkan pemberontakan bersenjata terhadap kerajaan British di Tanah Melayu pada tahun 1948 hingga 1960. 

tentera jepun menyerah kalah selepas perang dunia kedua


Undang undang Darurat yang diwujudkan pada masa itu memberi pengertian sebenar buat generasi yang hidup pada era tersebut. Bagi generasi hari ini, pengertian darurat mungkin tidak pernah terpancar di minda mereka apatah lagi membayangkan bagaimana keadaan atau suasana pada masa tersebut. Pembelajaran di sekolah mungkin ada menceritakan tentang Darurat tetapi tidak secara jelas dan terperinci. Semasa di sekolah kita diperjelaskan bahawa Darurat merupakan satu tindakan kerajaan British ( kemudiannya dikenali sebagai kerajaan Persekutuan Tanah Melayu) menentang pemberontakan bersenjata PKM. Darurat ialah tindakan ganas PKM menimbulkan kekacauan, kacau bilau dan huru hara dalam masyarakat bertujuan untuk menjatuhkan kerjaan yang sedia ada secara kekerasan.
                   

Walaupun gerila komunis ini digambarkan sebagai penyebab utama kepada Darurat selama 12 tahun, namun jika kita nilai kembali secara rasional, peristiwa Darurat sebenarnya amatlah penting kerana ia menjadi pemangkin kepada proses kemerdekaan negara. Konflik Darurat adalah pertembungan atau perang ideologi dan politik yang mana membawa kepada kemuncak gerakan bersenjata. Pertembungan ideologi di sini bermaksud antara komunisme iaitu pihak yang ditentang. Ini adalah realiti sebenar dalam proses Darurat. Kebangkitan nasionalisme merupakan latar masa ketika itu, manakala aktor utama ialah Parti Komunis Malaya dan kerajaan British selaku pihak yang ditentang. Darurat merupakan satu kejadian yang telah membawa perubahan drastik kepada Tanah Melayu seperti proses mencapai kemerdekaan daripada British dan pemberian hak kerakyatan kepada merekan yang berketurunan Cina dan India atas inisiatif Jeneral Gerald Templer semasa beliau menjawat jawatan sebagai Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu. 



Kemerdekaan merupakan sesuatu yang paling berharga bagi rakyat dan itulah yang diperjuangkan oleh para pemimpin kita pada masa itu. Malah, kemenangan ini telah menjadi titik kelemahan kepada PKM yang mana rakyat telah menolak perjuangan mereka lantas bersama sama dengan kerajaan dalam memerangi ideologi komunisme. Peristiwa yang mencetus kepada era Darurat ini wajar diperjelaskan secara lebih terperinci agar difahami dengan berkesan dan terperinci oleh generasi kini. Ini adalah kerana untuk mengekalkan keharmonian yang telah sedia ada, mereka (generasi masa kini) harus faham tentang perjalanan sejarah negara. Negara Malaysia yang kita lihat hari ini adalah berkat usaha dan pengorbanan generasi yang terdahulu yang mana merupakan satu proses sukar dan payah selama beberapa dekad lamanya.
               

Haruslah kita ingat bahawa Malaysia kita kini hidup dalam keadaan yang aman dan damai walaupun berbilang bangsa serta kaum. Kita duduk dibawah satu bumbung, makan semeja dan berupaya untuk bertolak ansur serta menghormati sesama sendiri. Jangan sesekali kita biarkan sebarang anasir anasir atau elemen elemen yang boleh meruntuhkan dan merampas negara kita daripada tangan kita sendiri.

Catat Ulasan

Terima kasih di atas kesudian anda untuk menjengah ke blog ini. Semua komen akan disemak terlebih dahulu sebelum dipaparkan pada ruangan komen oleh admin. Harap maklum.

favourite category

...
test section describtion

Butang Whatsapp hanya berfungsi pada peranti smartphone