Sabtu, 20 Oktober 2012

Kembung senja

Label :

        Kembung senja atau "kolik" sering kali bermula ketika bayi berumur 6 minggu dan semakin berkurangan atau tidak terlihat lagi apabila kanak kanak telah mencapai usia 3 bulan. Bayi biasanya menangis tanpa henti selama beberapa minit, terutama pada waktu petang atau senja tanpa sebab sebab tertentu. Ada kalanya bayi menangis pada waktu yang hampir sama seperti hari hari kekembungan sebelumnya.
     
Etiologi :   Penyebab sebenar kembung ini tidak diketahui secara pasti.Keadaan ini bukan disebabkan oleh sakit telinga, sembelit ( konstipasi ), tumbuh gigi , ataupun ketidakserasian susu rumusan ( formula)
 bayi. Bayi yang mengalami kekembungan biasanya ialah bayi yang agak sensitif terhadap lingkungan ataupun perubahan persekitarannya. Dia mungkin menunjukkan gejala-gejala kekembungan apabila terlalu ramai tetamu yang melawat di rumah pada waktu senja atau ketika di bawa bersiar siar pada waktu malam di kompleks membeli belah yang terdapat ramai orang.

Tanda- tanda dan gejala : Tangisan bayi kadang kala berlaku sehingga berjam-jam lamanya dan bayi sukar dipujuk agar diam. Ada kalanya dia diam sebentar, tetapi kembali menangis dan kelihatan seolah-olah meminta pertolongan akibat " kesakitan" Perutnya mungkin terasa kejang apabila diraba.

Rawatan :  Tidak ada ubat yang mampu menyembuhkan kembung senja. Sebilangan bayi mugkin berhenti menangis apabila didakap erat ke dada atau dibuaikan.


***
Rujukan daripada buku bertajuk : Penyebab dan gejala penyakit.
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1996.
Baharuddin Omar.
Abdul Rassip Che Nun.
Aminuddin Abdul Hamid Karim.