Rabu, 1 Ogos 2012

New begining

Label :


Ahad, 29 Julai 2012

cerita sebuah kehidupan

Label :


           Hidup adalah satu perjalanan, semua kita ada ceritanya yang tersendiri. Bezanya: masa , ketika, detik dan saat. Semua orang kata, pengalaman mendewasakan kita.  Realitinya, bukanlah seperti yang kita bayangkan.  Tapi persoalannya, adakah kita cukup dewasa untuk melalui realiti tersebut. Imam Al-Ghazali  suatu ketika pernah menanyakan soalan kepada murid muridnya ", Dalam dunia ini, apa yang paling jauh dengan kita ?,". Murid murid beliau menjawab dengan pelbagai jawapan, china, bintang, langit,bulan dan pelbagai lagi. Akhirnya Imam Al-Ghazali menjawab ", Masa lalu ,". Mengapa ??...kerana, walau apa pun kenderaan yang kita gunakan, kita takkan akan dapat kembali ke masa lalu. Imam Al-Ghazali kemudian bertanya kepada murid muridnya ", apakah perkara yang paling dekat dengan kita?,".
Jawapannya ", mati !!!!,".
            
            Jika kita menyedari semua kenyataan ini maka kita haruslah faham bahawa apa yang telah berlaku  takkan dapat diubah. Jadi gunakanlah pengalaman yang telah kita tempuhi untuk menghadapi hari esok dengan penuh harapan.Tuhan itu maha adil dan maha penyayang, yakinlah bahawa setiap ujian dan dugaan yang datang adalah bersebab, kerana Dia ingin kita sentiasa dekat denganNya. Hidup,... terlalu singkat untuk dipersiakan. Nikmati setiap saat yang dikurniakan sebelum kita dijemput kembali menghadapNya. Bila tiada lagi nafas maka tiada lagi lah detik, hanya cerita dan kisah yang akan diceritakan oleh mereka yang masih hidup.Hargai dan bersyukur dengan apa yang kita miliki. Hidup kita adalah satu anugerah yang amat besar .