Selasa, 19 Jun 2012

Kesabaran

Label :

               Kehidupan kita sebagai seorang manusia sentiasa diuji setiap saat, kadangkala atau selalunya kita lalai dan mudah lupa dengan apa yang kita ada. Kita tidak bersyukur dan sentiasa mahu yang lebih baik dan lebih banyak. Pertama sekali kita harus mengingatkan diri sendiri bahawa anugerah yang paling besar adalah nyawa kita saat kita dilahirkan, tanpanya kita akan mati dan oleh itu bersyukurlah selagi kita masih hidup dan bernafas.
               Buatlah yang terbaik dalam setiap apa yang kita lakukan, ambil perhatian terhadap setiap langkah yang kita ambil. Buat perancangan sebelum bertindak dan senadainya kita gagal, sekurang kurangnya kita tahu yang kita telah merancang. Bangkitlah semula dari kesilapan lalu dan teruskan perjuangan kita disamping memperbaiki kelemahan yang kita ada. Dalam semua itu, kesabaran adalah sesuatu yang perlu kerana tanpanya kita akan mudah mengalah dan tidak bersemangat.
               Peluang dan kejayaan pasti datang seandainya kita bersabar dan terus berusaha kearah matlamat kita. Ramai yang berkata " kejayaan akan datang setelah kita menempuh pelbagai kegagalan". Kegagalan itu mengajar kita tentang banyak perkara dan terpulanglah kepada diri kita sendiri untuk mentafsir dan menyerap serta menukarkan erti kegagalan tersebut menjadi sesuatu yang positif dalam diri kita.
                Hidup hanya sekali, jadi hargailah kehidupan serta apa yang kita miliki, kerana mungkin disuatu saat kita akan kehilangannya dan teruskan berusaha dan bersabar sehingga ke nafas yang terakhir.


                                         " KESABARAN"