Sabtu, 19 Mei 2012

Pengalaman tidur dengan hantu

Label :

                   Kisah ini berlaku 10 tahun yang lepas namun masih segar dalam ingatan. Waktu itu aku duduk dekat rumah sewa milik syarikat tempat aku bekerja. Pada malam kejadian, aku masuk tidur dalam lebih kurang lepas tengah malam. Tengah aku baring baring sambil cuba lelapkan mata, tiba tiba pintu bilikku dibuka. Bila aku toleh kearah pintu tak ada siapa siapa, " ahhh...diaorang nie memang suka nak menakut nakutkan orang ". kataku dalam hati sambil baring semula.
                   
                   Baru je aku nak melelapkan mata, tiba tiba aku terdengar bunyi dengkuran di sebelah tempatku tidur. Perlahan lahan aku toleh kat sebelah namun tiada siapa siapa yang kelihatan. " Ahh...bunyi TV rumah sebelah kot". Aku pun tidur balik, baru je aku nak berlepas bunyi dengkuran tadi muncul lagi.
                 
                   Kali ini dengan 3 jenis dengkuran yang seolah olah berturutan.Macam ada 3 orang kat sebelah sedang nyenyak tidur. Tiba tiba je aku rasa lain macam, naik bulu roma aku dengar dengkuran tersebut. Makin lama makin kuat. Aku cuba nak gerakkkan badan namun seolah olah terkunci tak bolah nak gerak langsung. Dapat aku rasa badan ku berpeluh peluh dan mengigil.
                 
                  Setahu aku malam tu aku sorang je kat dalam bilik sebab kawan sebilik aku dia tidur kat rumah bapa mentua. Masa itu aku dah mati akal, terakhir sekali aku pun berkata dalam hati " kalau engkau orang nak tumpang tidur, tumpanglah tapi jangan nak kacau aku ". Lepas itu bunyi dengkuran tadi masih ada tapi perlahan dari yang  mula mula. Keesokan hari nya aku pun cerita kat kawan kawan serumah. Mula mula diorang senyap sambill berpandangan sesama sendiri, pastu diorang ketawa macam aku nie cerita benda yang melucukan. " celaka engkauorang nie, bagus aku tak payah nak cerita.".
                 Salah seorang kawan aku bagitau yang malam tadi cina sembahyang kubur. Kata orang masa itu lah banyak hantu yang berkeliaran. Mungkin yang tidur kat sebelah aku malam tadi  diaorang datang melawat. " OHHH...patutlah ". kataku . Aku pun ada perasan yang kat belakang rumah tempat aku sewa, ada sebatang pokok yang agak tinggi dan agak menyeramkan bila dipandang pada waktu malam.Apa yang pasti malam tersebut adalah malam yang tak akan aku lupakan sampai bila bila.