Khamis, 26 April 2012

Label :
Si penjual berkerusi roda.




Dari jauh aku perhatikan,

Semangat beliau ampuh,

Menunggu dengan sabar,

Menunggu penuh harapan.

Aku amat kagumi akan kecekalannya,

kekurangan sifat bukan penghalang,

Beliau tak meminta belas kasihan,

Namun berusaha semampu mungkin.

Aku perhatikan raut wajah beliau,

Agak kelesuan namun beliau masih tersenyum,

Kelesuan kerana menunggu,

Tersenyum tanda beliau bersyukur.

Apa yang pasti beliau tidak mengalah,

Apatah menyalahkan takdir,

Bagaimana dengan kita yang sempurna?

Masihkah kita tidak bersyukur?

Masihkah kita inginkan yang lebih dari sempurna?











Wisma saberkas,Kuching,Sarawak(20.04.2012)