Isnin, 30 Januari 2012

Selamat tinggal dunia.

Label :

Selamat tinggal dunia.





Seandainya tiada lagi esok untukku,
Aku bersyukur kerana sempat mengecapi,
Nikmat dan kurniaan yang telah Engkau berikan,
Tiada apa lagi yang aku inginkan,
Tiada apa lagi yang aku impikan.
Tiada apa lagi yang aku sesali.










Aku akui selama aku hidup aku bukan lah terbaik mahupun yang sempurna,
Namun aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menyaksikan mentari pagi
tika ia terbit dan menikmati keheningan senja tika ia pergi.
Aku bersyukur kerana diberi masa untuk merasai nikmat dunia walau seketika cuma.








Namun aku tiada lagi terdaya,
menghadapi hari esok mahupun seterusnya,
Biarlah segalanya berakhir disini,
aku sudah letih dan ingin pergi dengan tenang,
Selamat tinggal dunia,
Selamat tinggal semua,
Tanpaku dunia tetap bernyawa.