Jumaat, 6 November 2009

2009...berapa jauh kah sudah ?

Label :

Tahun 2010 bakal tiba. Mari kita renung kembali hajat dan cita2 kita yang telah kita capai untuk 2009.
Adakah kita masih di takuk yang lama atau selangkah maju ke hadapan. Bagi saya tahun 2009 merupakan tahun yang paling mencabar berbanding tahun2 yang sebelum nya. Banyak perubahan dari segi mentaliti tentang hidup dan destinasi yang saya pelajari. Membaca buku membuka kotak fikiran saya  lebih luas tentang perkara2 yang terjadi di sekeliling saya.Bukan lah nak kata yang saya sekarang  sudah berjaya dengan membaca tapi setidak tidaknya saya mencuba idea2 baru, Berfikiran positif tentang apa yang berlaku kepada diri sendiri dan yang paling penting saya mesti pastikan yang saya jelas tentang hala tuju hidup yang bakal saya harungi. Saya mencadangkan supaya banyakan membaca buku2 motivasi atau bahan bacaan yang dapat membimbing kita dalam kehidupan.Tak rugi membeli buku sebab banyak faedah yang kita boleh dapat dan terapkan dalam diri kita.Ramai orang yang telah membuktikan bahawa membaca dapat membantu kita berjaya dalam hidup. Selamat mencuba. "peace"